Saya pasti ramai kalangan anda yang sedia maklum mengenai platform tik tok yang kini sudah semakin berkembang… kini makin ramai juga yang mula meniaga di tik tok dengan adanya fungsi tambahan iaitu tik tok shop.
Yang saya perhatikan ramai peniaga yang aktif menjual adalah menggunakan kaedah live dan juga content.. kemudian mereka akan bagi tau supaya buat pembelian melalui tik tok shop.
Jika anda nak jual menggunakan tik tok ads.. jual sahaja produk yang orang lain dah jual menggunakan tik tok shop.. tetapi pastikan produk tersebut sudah banyak terjual..
Bagaimana caranya?
Langkah pertama : Buat carian #shop di tik tok..
Langkah kedua : Perhatikan video-video yang mempunyai views yang tinggi
Langkah ketiga : Lihat produk apa yang dijual dan berapa jumlah jualan di tik tok shop
Langkah keEmpat : Ulang Step 1 sehingga 3 dan kumpul sekurang-kurangnya 5 piihan produk
Langkah kelima : Buat keputusan produk apa anda nak jual.. kalau saya.. saya akan pilih yang kecil atau sederhana supaya senang packing.. saya juga akan pilih yang modal kat tangan cukup untuk borong minimum 50 unit keatas..
Step keEnam : Tahniah! Anda sudah boleh jalankan kempen tik tok ads anda!
Kenapa perlu guna kaedah seperti ini?
Sebab sekurang-kurangnya anda dah tahu produk tu memang ada permintaan di tik tok.. ditambah pula dengan awareness yang sudah dilakukan oleh peniaga-peniaga lain yang menggunakan content dan live video.. anda cuma perlu jual produk yang sama di platform yang sama menggunakan kaedah pemasaran yang berbeza.
Setakat ni anda jelas tak? Jika anda mahu saya tunjuk dalam bentuk video sila komen dibawah.. kalau ramai yang nak saya buatkan 1 video khas.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan tik tok ads Klik disini untuk menempah
Maaf tuan tanya, ada buat servis iklan di tiktok tak?
Saya ada landing page cuma tak pandai utk manage buat iklan tiktok
Jika ada servis ini maklum semula saya
Maaf tuan, saya takde buat sebarang servis pengiklanan buat masa ni ya 🙂