Salam hormat, seperti mana yang kita semua sedia maklum, Pada bulan April yang lepas, ramai yang memohon untuk Pengeluaran KWSP. Anda keluarkan ataupun tidak itu hak anda lagipun itu memang duit anda pun. Kalau saya pun akan keluarkan juga tapi saya akan masuk semula dalam tabung ASB, Simpanan Emas ataupun Unit Trust.
Kiranya duit tu saya takkan gunakan sebaliknya simpan semula ditempat yang mempunyai pulangan yang lebih tinggi. Namun begitu memang ada orang yang betul-betul perlukan RM10K untuk kelangsungan hidup, Membayar hutang, Keperluan anak-anak dan sebagainya.. Tapi ada juga yang ambil kesempatan dengan membazir terutama anak-anak muda yang masih bujang dan belum ada komitmen yang tinggi.
Ok cukup lah cerita pasal KWSP, dalam blog ni saya nak kongsi macam mana nak buat sekurang-kurangnya RM10K sama dengan nilai pengeluaran KWSP tu.. Kalau anda ada ilmu ni pasti anda takkan usik RM10k kwsp anda tu. Kalau anda usik pun anda mungkin akan gunakan sebahagian dari RM10k tu lalu gandakan menjadi RM15k – RM20k.
Jadi mohon baca dengan teliti. Sebab point utama kita ialah nak hasilkan RM10,000 bersih.. bukan kasar… 100% untung tu kita punya… lepas dah tolak segala kos..
Untuk Buat RM10k ni ada banyak cara tapi saya kongsi ikut pengalaman saya je lah ok 🙂
Pertama : Dropship Dengan Komisen Bersih RM40 keatas
Untuk capai RM10k anda perlu jual sebanyak 250 unit atau 250 customer. Itu kalau untung RM40. Jika untung anda RM50 anda kena jual 200 unit atau bersamaan 6 – 7 unit setiap hari.
Macam saya bagi tahu, Cabaran utama dia bab nak kena restock barang dan juga marketing.. nak kena deal dengan supplier.. nak kena run ads berbayar ( Seperti tik tok ads ).. itu kalau produk orang… kalau produk sendiri nak kena keluar duit untuk barang tu.. lepastu branding pula.. lagi banyak makan modal..
Kalau dropship kos anda mungkin untuk marketing sahaja.. Kos permulaan mungkin sekitar RM500 -RM1000 itupun jika anda sanggup..
Tapi kena ingat… kalau dropship biasanya produk tu harga dia agak mahal sebab owner nak cover sekali untuk komisen ahli.. berbanding kalau anda jual produk sendiri anda boleh jual murah namun masih dapat keuntungan yang tinggi sebab kos anda rendah.
Dah nampak gambaran dengan jelas? Agak-agak anda boleh buat tak?
Kalau rasa berat dan tak sanggup rujuk kaedah ke dua dibawah pula.
Kedua : Buat servis yang anda tak perlu keluar modal, hanya perlu skill yang orang perlukan.
Benda ni paling senang tapi akan banyak makan masa anda. Kiranya anda laburkan masa anda untuk dapatkan RM10k.
Harga servis RM1000 anda hanya perlu cari 10 orang client
Harga servis RM500 cari 20 orang client
Begitu juga kalau harga servis anda RM250 anda perlu cari 40 orang client.
Begitulah kira-kira untuk anda dapatkan RM10k dengan bisnes servis.
Apa contoh servis yang tak perlu keluar modal?
- Servis buat ads
- Servis shoot video produk
- Servis copywriting
- Servis buat website
- Servis design gambar
- Servis video drama pendek
- Servis melukis
- Servis video review produk
Dan lain-lain servis yang anda sendiri anda kemahiran.
Saya ada kawan yang handal buat fb ads tapi bila dia run ads untuk bisnes dia lagi tambah rugi… tapi bila dia run ads untuk kawan dia menjadi pula.. akhirnya dia buat servis ads… kini dia ada client yang sanggup bayar RM10k setiap bulan selama 12 bulan untuk bagi dia handel ads. 1 client 6 angka setahun bersih!
Dalam menu blog atas ni pun kalau anda perasan saya ada buat servis pasang onpay dan juga blog. Benda sama cuma kemahiran dan harga yang berbeza.
Persoalan dia : Kat mana nak cari client yang sanggup bayar kita?
Tak perlu run ads… kenal pasti kat mana potential buyer kita berada.. paling senang.. kenal pasti network kita.. kawan-kawan kita.. kenalan kita… itu lebih jimat berbanding anda terus buat iklan berbayar.
Saya bagi contoh, untuk servis onpay saya tu.. saya boleh cari client terus kat dalam FB group Onpay kebanyakan pengguna onpay ada dalam group tersebut. Saya buat servis ni pun sebab saya nampak beberapa posting ahli dalam group tu bertanyakan mengenai servis onpay.
Dari situ saya nampak adanya permintaan. Saya boleh PM terus direct ahli2 dalam group tersebut yang berminat untuk melanggan servis saya.
Kalau anda berminat nak belajar pasal onpay ni panduan saya simple funnel dan onpay method paling sesuai. Kalau sudah mahir anda juga boleh buat servis macam saya.
Amacam? Agak-agak anda boleh tak buat bisnes servis ni? Tak perlu keluar modal tinggi pun untuk produk.. servis & skill anda tu lah produk anda.
Jika bisnes servis ni macam kurang sesuai untuk anda.. cuba rujuk pula kaedah ketiga dibawah ni.
Ketiga : Menggunakan Kaedah JV (Join Venture)
Kaedah JV ni bukan sahaja paling jimat kos malah paling cepat juga. Bayangkan anda ada produk nak jual tapi anda tak perlu buat marketing.. Rakan JV anda sahaja yang bantu promot menggunakan apa yang dia ada, Boleh jadi beliau seorang Influencer, Youtuber, Tiktokers atau Blogger mcm saya…
Anda tak pening fikir buat marketing produk anda.. hanya fokus support sahaja… rakan JV anda pula tak perlu pening fikir nak buat produk… win win situation.
Apa produk yang paling sesuai untuk buat kaedah JV ni?
Saya sarankan anda hasilkan produk digital. Jualan produk digital saya sendiri tak pernah kurang dari RM10k walau tak guna sebarang ads sekalipun .. Kalau saya JV pernah cecah sehingga 6 Angka.
Untuk produk Fizikal pun boleh guna konsep JV cuma seperti biasalah akan ada kos tambahan seperti kos produk dan logistic.. keuntungan juga lebih rendah.. tapi yang seronoknya produk fizikal ni boleh dijual lebih banyak berbanding produk digital.
Namun untuk kaedah JV ni saya lebih sarankan jual produk digital seperti EBook Ataupun Video. Kerana kos hasilkan produk hampir zero keuntungan pula 50% dari jualan produk 50% lagi untuk rakan JV anda.
Tapi ada la juga kos lain seperti onpay untuk buat landing page dan terima pembayaran. Dengan Onpay tu juga anda boleh buat link affiliate khas untuk rakan JV anda. Jadi mudah untuk anda track komisen beliau.
Bagi anda yang nak tahu selok belok perniagaan produk digital ni. Anda boleh dapatkan panduan saya produk digital blueprint dan juga onpay method.
Bagaimana nak dapatkan “CLOSE DEAL” dengan JV?
Pertama sekali, anda mesti lah approach mereka dengan cara santai, jangan lah tiba2 PM terus ajak JV..
Bergantung platform yang mereka gunakan.. kalau mereka banyak aktif di Facebook.. rajin-rajin lah dulu komen atau share status mereka.. Buat mereka notice kehadiran anda.. Selain tu Facebook wall anda sendiri pun jangan lah sunyi sepi.. sebab dia pun akan buka juga wall FB anda.
Baru lah PM utarakan hasrat anda. Bermula dengan memberi salam.. kemudian nyatakan offer anda. Pastikan offer tersebut adalah win-win situation. Malah kalau dia dapat lebih pun takde masalah lagipun itu untuk pertama kali.
Biasakan diri dengan rejection apabila berurusan dengan orang.. teruskan move on apabila sebelah pihak tidak mahu deal dengan anda.
Untuk menjana RM10K anda kena dapatkan jualan lebih dari 20K sebab nak bahagi komisen dengan Rakan JV anda.
Kalau saya nak terangkan semua strategi untuk jana jualan 5 angka disini memang agak terhad. Sebab tu kalau boleh anda belajar terus melalui panduan saya seperti onpay method dan juga produk digital blueprint.
Cuma apa yang boleh saya katakan.. untuk jana RM10K sebulan memang bukan perkara mudah tapi tak mustahil orang biasa-biasa pun boleh buat cuma kena la ada ilmu dan strategi.
Leave a Reply