Review Asus Zenbook 13 – Pendapat dari pengguna Macbook

Salam hormat, untuk post kali ini saya ingin membuat ulasan mengenai sebuah ultrabook dari Asus iaitu Zenbook 13 .  Saya pakai model UX331UAL versi Intel CORE i5 8th Gen Processor , 8 GB ram Dan 256 SSD.. Tiada graphic card. Ultrabook ni berharga lebih kurang RM3400 (Jika anda pandai nego mungkin boleh dapat rendah lagi)

Untuk lebih detail anda boleh layari website asus : https://www.asus.com/my/Laptops/ASUS-ZenBook-13-UX331UAL/

Model ni saya memang beli untuk tujuan kerja bukan untuk bermain game.  Saya perlukan sesuatu yang ringan, bateri tahan lama, serta performance yang smooth. Zenbook ini sangat menepati ciri-ciri yang saya mahukan iaitu dengan berat less than 1KG (985g) , Bateri sehingga 14 jam, malah material body zenbook ini ialah magnesium aloy iaitu lebih ringan dan lebih kuat dari aluminium.

Ok itu yang semua Asus Claim..

Bagaimana pula pendapat saya yang dah pakai macbook selama beberapa tahun?

Ketika post ini ditulis saya dah pakai zenbook ni selama 3 hari, post ini pun ditulis menggunakan zenbook kat luar rumah sambil duduk atas kerusi malas sambil goyang-goyang :p

Tak mungkin saya akan buat perkara yang sama dengan macbook pro.. sebab tak selesa letak kat lap dan kalau jatuh boleh menangis saya dibuatnya.. kos untuk baiki sebuah screen retina tu dah boleh dapat lagi sebijik laptop ok.

So apa yang bestnya zenbook ini berbanding macbook?

Untuk pengetahuan anda saya dah pakai macbook air 13” selama 5 tahun dan tahun ni baru upgrade kepada macbook pro 13” ( model 2015)  . Namun saya perlukan sesuatu yang lebih ringan dan tahan lasak. Sebab saya ni jenis yang cuai orangnya.

Ok kita cerita bab kelebihan dulu.

    • HARGA BERBALOI –  RM3400 memang nampak mahal tapi jika anda compare dengan ultrabook lain seperti Dell XPS, Huawei Matebook X pro, HP spectre Atau Window Tablet Seperti Surface Pro. Untuk spec yang sama Zenbook ini yang paling murah. Kalau saya harga 4k – 5k untuk sebuah window laptop baik saya beli macbook pro yang baru terus.
    • RINGAN DAN TAHAN LASAK – Zenbook ini memang ringan , lagi ringan dari macbook air 13 tapi sama berat dengan macbook saiz 12 inci  (yang harga 5k+ tu) . Bagi anda yang tidak banyak bergerak pasti hal ini takkan jadi isu.. Tapi sekiranya anda banyak bekerja di luar atau kerap berjalan jauh setiap hari untuk ke tempat kerja. Maka hal ini akan sangat membantu. Apatah lagi jika anda seorang kaki travel.  Untuk ketahanan saya tak mungkin akan cuba pijak atau baling-baling zenbook ni tapi anda boleh tengok video berikut:

  • BATERI TAHAN 14 JAM – Ok itu yang diclaim oleh asus, namun begitu, untuk penggunaan santai seperti browsing, streaming video, kerja-kerja menaip.. saya dapati 9 – 10 jam itu tiada masalah.  Saya caj pagi tu dalam sejam lebih sampai bateri cecah 92% kemudian pada jam 11 malam bateri saya masih sekitar 20% . untuk heavy use saya tak test lagi. Sebab kerja saya memang lebih kepada menaip dan streaming video sahaja.
  • KEYBOARD –  Menurut saya keyboard yang ada pada asus ni lebih selesa berbanding di macbook pro. Saya merasa lebih seronok menaip di asus berbanding di Macbook. Namun begitu ini adalah pandangan saya sahaja. Sebab ada juga yang kata keyboard dia tak selesa. Pada saya sangat SELESA dan SERONOK!
  • FINGERPRINT SENSOR – Tak perlu lagi taip password setiap kali nak log in. Hanya scan cap jari jer dah boleh log in. Kalau macbook hanya ada pada macbook pro versi touchbar serta macbook air 2018 yang akan muncul tak lama lagi.
  • SCREEN ANTISILAU – Takde masalah jika anda buat kerja diluar,

 

Bagaimana pula dengan kekurangan zenbook ini?

  • DESIGN – Terus terang saya cakap design dia agak kurang menarik. Warna yang agak plain..  Pada saya design ultrabook yang lain lagi nampak cantik dan premium , nampak mewah & mahal. Jika anda sangat mengambil berat soal design zenbook ini bukan untuk anda.
  • TOUCHPAD : Walaupun ada review kata touchpad dia antara yang terbaik dikalangan window laptop namun bagi saya tetap tak selancar touchpad di macbook. Saya rasa lebih selesa jika menggunakan mouse berbanding touchpad.
  • TIADA TOUCHSCREEN : sekiranya zenbook model ini didatangkan dengan fungsi touchscreen pastinya akan lagi berbaloi. Sebab alang-alang dah ringan mesti nak guna sambil baring-baring. Kalau boleh touch lagi best! Tapi asus memang ada model yang boleh touch. Boleh semak di website asus.
  • MATERIAL – Katanya material body yang digunakan ialah magnisium aloy namun tetap rasa macam plastik biasa. Jadi jangan pelik jika orang nampak anda pakai asus ni orang akan anggap laptop murah. Haha.

Setakat ini itu sahajalah kekurangan yang saya nampak, mungkin anda akan nampak lagi banyak kekurangan seperti tiada graphic kad gaming atau SSD yang lebih besar…  Saya jenis yang tak main game dan tak perlukan storage yang besar-besar, 256gb tu dah lebih dari cukup. Jadi zenbook model ini dah lebih dari cukup untuk saya.

Jadi siapakah yang paling sesuai miliki zenbook ini?

Jika anda seorang yang work on the go, kerap travel dan meeting di luar, mahukan sesuatu yang lebih ringan dan lancar, bateri yang tahan lama tapi tak kisah pasal design, storage dan graphic kad, maka zenbook ini sangat menepati keperluan anda. Dengan bajet RM3300 – RM3400 anda boleh miliki zenbook ini.

Namun jika anda seorang gamers disarankan dapatkan model zenbook lain yang mempunyai graphic kad dengan tambahan extra RM300+

Akhir sekali beli lah barang ikut keperluan. RM3k untuk sebuah laptop bukanlah murah, namun jika anda memang betul-betul perlu untuk mudahkan lagi kerja-kerja harian anda apa salahnya.

Adakah saya akan gantikan macbook dengan zenbook ini?

Buat masa ini tidak, kecuali jika saya perlukan emergency cash, saya akan jual sebab nilai macbook ni lambat nak jatuh. lagipun macbook ada peminat dia tersendiri yang sanggup bayar mahal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*