Teknik Apa Paling Mudah Buat Duit? Baca Sekarang!

Jika anda datang blog ni dan mencari cara atau kaedah paling mudah buat duit, anda sama sekali takkan jumpa.

Tetapi untuk blog post kali ini, saya akan kongsikan kaedah yang menurut saya paling mudah. Ya.. mudah bagi saya.. untuk anda saya tidak pasti sebab mudah atau senang itu bergantung pada tahap ilmu dan kemahiran seseorang.

Jika anda ada minat itu lagi bagus, Sebab bila ada minat pasti anda akan buat dengan lagi bersungguh-sungguh.

Apa yang pasti ini bukan teknik duduk diam dapat duit. Anda nak melabur hartanah ke saham pun anda kena buat banyak kajian.. banyak bertanya.. banyak membaca… takde isitilah yang namanya duduk diam dapat duit.

Ok saya kongsikan beberapa kaedah kita mulakan dengan yang pertama

1) BUAT DUIT DENGAN SERVIS

Ya, Anda ada kemahiran yang boleh digunakan untuk bantu orang lain?

  • Design Tshirt
  • Buat web
  • Buat FB ads
  • Buat Google Ads
  • Buat Blog
  • Menulis Artikel
  • Copywriting
  • Lain-lain yang anda boleh fikirkan

Anda boleh buat duit secara instant,  jika anda boleh terus siap, anda puas hati customer pun puas hati..

Cuma cabaran dalam bisnes servis ini ialah anda kena berhadapan dengan pelanggan yang banyak kerenah.. kadang kita dah bagi murah pun dia rasa mahal,  dah bagi murah nak cepat dan macam-macam lagi.

Pada saya kalau anda nak buat servis kena bagi tau dengan terang dan jelas apa yang bakal mereka dapat. Dan pastikan juga mereka faham kenapa servis anda murah dan kenapa mahal.

Contohnya macam saya pun ada sediakan servis pasang blog dengan harga yang sangat murah. Tetapi servis yang saya buatkan ialah belikan domain dan hosting kemudian install blog dan theme serta plugin yang berkaitan. Sebagai bonus pembeli dapat hak reseller jual salah satu produk saya iaitu FB assasin.

Dulu saya pernah buat servis ni tetapi ada customer yang salah anggap dia fikir saya buatkan sekali kandungan blog serta copywriting…

Rasa macam nak tergelak je masa tu, dia bayar rm400 tetapi harap dapat sekali content semua siap.. agak-agak la bro..  servis tulis artikel je dah cecah beratus, kalau banyak artikel mau tak beribu..tak termasuk servis copywriting lagi.. last2 saya bagi refund sebab dia tak faham tapi saya dah tolak kos domain dan hosting yang saya beli untuk dia.

Ok anda dah ada servis nak sediakan lepastu apa langkah seterusnya?

Kaji sama ada servis anda itu ada permintaan atau tidak

Cara terbaik untuk mengkaji permintaan ialah dengan bertanya pada audience sedia ada. Anda boleh gunakan FB wall, FB group atau database pelanggan anda yang sedia ada.

Jika ada lebih dari 10 orang yang berminat saya konsider servis tu ada permintaan.

2) BUAT DUIT DENGAN PRODUK DIGITAL/INFO

Ya, dengan produk digital anda boleh hasilkan keuntungan hampir 100% jika anda  tidak menggunakan sebarang promosi berbayar..

Produk digital di Malaysia yang paling femes ialah “ ebook “ . Anda hanya perlukan microsoft word untuk menulis dan convert kepada PDF. Maka terhasil lah produk ebook anda.

Di Malaysia baru-baru ini saya dikejutkan dengan jualan beribu unit oleh Dr Taufiq yang melancarkan ebook panduan kawal emosi ibu anak yang mencecah ribuan unit terjual dalam masa beberapa hari sahaja.

Ini membuktikan bahawa produk seperti ebook sudah diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia walaupun ebook tersebut tidak berkaitan dengan kewangan.

Untuk hasilkan sebuah idea yang bagus anda boleh mulakan dengan melakukan kajian produk digital yang orang lain hasilkan.

Berikut merupakan senarai niche ebook yang anda boleh cuba hasilkan

Ebook/panduan buat duit atau yang berkaitan dengan kewangan seperti panduan mengenai perniagaan atau pemasaran internet.

Ebook yang berkaitan dengan kewangan, pegurusan kewangan seperti pelaburan hartanah, saham,  teknik simpanan dan lain-lain berkaitan.

Ebook mengenai kemahiran, resepi masak tertentu, diy projek , main alat muzik, tutorial cara pakai software, etc.. etc..

Ebook mengenai hubungan, antara suami isteri, ibu anak, wanita/lelaki yang masih bujang.

Nak mudahkan cerita, apa-apa produk info yang boleh bantu selesaikan masalah orang pasti mereka sanggup bayar dengan jumlah tertentu. Cuma pastikan harga yang anda letak itu berbaloi..

Misalnya jika anda buat ebook cara mengorat wanita.. letak RM30 cukup lah.. tak perlu sampai beratus melainkan jika anda offer personal coaching.

3) BUAT DUIT SEBAGAI AGEN AFFILIATE/DROPSHIP/RESELLER

Bagusnya mengenai kaedah ini anda tak perlu hasilkan produk sendiri. Kerana semua sudah tersedia termasuklah bahan promosi dan sebagainya.

Cuma cabaran untuk kaedah ini ialah dari segi persaingan. Ada tidak ada keunikan berbanding jika anda ada produk/servis sendiri.

Jadi anda kena tingkatkan promosi berbanding orang lain atau guna kaedah tersendiri yang buatkan anda lain daripada orang lain seperti memberikan bonus yang sangat gempak berbanding agen-agen lain.

Anda kena ada sebab yang kuat supaya prospek beli dengan anda berbanding dengan orang lain.. boleh jadi free gift atau apa sahaja yang ada personal touch dari anda. Jika anda brand kan diri anda. Boleh jadi orang akan beli sebab anda yang rekemen..

Ini lah 3 teknik atau kaedah pada saya yang paling mudah untuk hasilkan pendapatan. Jika antara 3 ini anda rasa masih susah itu sebabnya anda kekurangan ilmu dan anda belum cuba lagi. Kadang perkara yang kita rasa susah tu rupanya senang je bila dah buat..

Misalnya ilmu berkaitan wordpress.. dulu saya tak tahu apa-apa pasal wordpress.. Bila dah log ini rupanya senang jer.. nak tulis post.. nak buat web.. nak promot.. nak mintak orang share dan sebagainya..

Berita baik bagi anda yang nak ada blog wordpress sendiri.

Kuota RM297 masih dibuka. Anda tak perlu beli domain dan hosting. Team saya akan buatkan semuanya buat anda ni termaasuk :

  • Beli domain
  • Beli hosting
  • Intall wordpress
  • Pasang plugin
  • Pasang premium theme

*Bonus terhad : Anda dapat hak reseller FB assasin termasuk copywriting untuk jual produk berkenaan. 100% jualan masuk ke akaun anda.

Untuk maklumat lanjut sila layari link berikut :  KLIK DISINI

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*