Software Padu Untuk Peniaga Amazon

Saya pasti ada kalangan anda yang mungkin sudah tahu pada tahun ni saya ada keluarkan panduan mengenai cara menjual di Amazon menggunakan program FBA, Yang mana kita tak perlu pos barang terus ke pelanggan sebaliknya pihak Amazon sendiri yang akan uruskan semuanya.

Tugas kita cuma perlu pos stok barang ke gudang Amazon. Walaupun ada banyak kos yang dikenakan oleh pihak Amazon namun kita tetap boleh menerima keuntungan yang tinggi kerana kita meniaga dalam matawang USD. Tambahan pula dengan Ringgit yang semakin rendah nilai USD pula semakin naik.

Bagi anda yang nak tahu lebih banyak mengenai Amazon FBA boleh terus belajar di blog panduanfba.com

Ok hari ini saya nak berkongsi software apa yang saya gunakan untuk mendapatkan idea produk apa nak dijual di Amazon. Tanpa bantuan software ini proses mencari idea produk akan mengambil masa lebih lama dan proses akan jadi lebih lambat.

Nama software ini ialah Profit Guru. Ada banyak lagi pilihan software namun profit guru ini menjadi pilihan saya kerana lebih simple dan lebih ringan berbanding software lain yang agak complicated dan sedikit berat. Software ini anda tak perlu install di komputer anda kerana anda perlu login melalui browser, yang anda perlu install cuma chrome extention.

Bagaimana nak gunakan Software Ini Jika tak Faham?

Jangan risau, Anda boleh daftar terus profit guru secara percuma disini dan login ke halaman dashboard anda akan nampak butang untuk melihat video tutorial cara menggunakan profit guru.

Adakah Software ini berbayar?

Software ini 100% percuma, anda hanya perlu bayar jika anda mahu upgrade untuk menggunakan semua fungsi yang ada, bagi yang berminat anda boleh menggunakan kod diskaun berikut apabila mahu upgrade : AZIAN50OFF (copy & paste code in di ruangan checkout)

Kenapa ada orang yang sanggup bayar untuk software ini?

Ini kerana faktor persaingan yang tinggi di Amazon membuatkan produk yang kita senaraikan tidak bertahan lama, boleh jadi 3 Bulan – 6 Bulan Sahaja, disebabkan itu ada peniaga di Amazon yang sentiasa mencari idea produk-produk baru agar tidak tenggelam disebabkan persaingan.

Namun ada juga seller-seller yang masih aktif jual barang yang sama bertahun-tahun disebabkan mempunyai rating yang baik di kalangan pembeli.

Kalau Nak Belajar Dengan Lebih Serius Mengenai Amazon FBA ini Zyan Ada Panduan Lengkap Tak?

Ya, Sudah tentu, video langkah demi langkah saya ada sediakan, nama panduan ini ialah FBA Zero To Hero, Panduan ini khas buat anda yang belum pernah lagi menceburi perniagaan di Amazon.

Apa yang terkandung dalam panduan FBA Zero To Hero ini?

Panduan ini lebih kepada melakukan kajian produk dan menjual barang yang memang sudah sedia laku di pasaran Amazon dan pada masa yang sama tidak ada ramai seller yang jual barang tersebut.

Kaedah match listing juga akan digunakan supaya kita tak perlu membayar sebarang kos iklan sebab kita menggunakan traffic dari sumber trafik yang sudah sedia ada iaitu listing orang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*