Strategi Pemasaran PERCUMA tapi Kurang Sambutan Dikalangan Peniaga Online

Strategi pemasaran percuma ni ada banyak, contohnya seperti post video di tik tok, update status di Wall FB, Upload video di youtube, instagram dan lain-lain lagi, Namun ada satu sumber Trafik Yang PERCUMA tapi Dipandang sepi di Malaysia iaitu tak lain tak bukan ialah Google Organic Search.

Sedangkan setiap hari orang akan menggunakan Google untuk mendapatkan maklumat termasuk maklumat barang yang nak dibeli atau servis yang mereka mahu langgan.

Sebagai contohnya.. orang yang ada masalah rambut gugur dan mahu mendapatkan penyelesaian dengan pantas dia akan cari ” ubat rawat rambut gugur ” atau ” cara rawat gugur rambut ” ..

Jika kita ada menjual produk berkaitan rambut atau servis merawat rambut.. audience seperti itu lah yang kita perlu dapatkan. Itu yang dipanggil SEO marketing.

Strategi pemasaran percuma

Jadi Apa itu SEO?

Ianya adalah singkatan Search Engine Optimization , dengan SEO kita boleh dapatkan pelanggan atau audience yang kita pilih berdasarkan keyword apa yang mereka cari. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya sudah sediakan 3 video tutorial berkenaan SEO.

Walaupun video ni hanya cerita dari segi basic ianya sudah cukup untuk anda melakukan kempen-kempen SEO

Video 1 – Pengenalan SEO

Pastikan anda fahamkan video Pengenalan SEO dahulu kemudian baru teruskan untuk video yang seterusnya, video Kedua saya cerita bab kajian KATA kunci atau lebih dikenali sebagai keyword research.

Keyword sangat penting sebab ianya menentukan jumlah pelawat dan siapa yang akan menjadi pelanggan kita, jika tersalah Pilih keyword segala usaha anda hanya sia-sia sahaja.

Sebelum nak membuat keyword research ini anda perlu muat turun Google Extention keyword surfer, rujuk video dibawah untuk penerangan lebih lanjut.

Video 2 – Cara Mudah Pemilihan Keyword

Untuk video ketiga saya terangkan bahagian optimasi konten, bahagian ini sangat penting sebab ianya akan menjadi faktor utama kedudukan ranking anda di Google.

Perkara penting yang anda perlu buat ialah install plugin Yoast SEO, plugin ini percuma sahaja. jangan risau.. rujuk video dibawah untuk lebih detail.

Video 3 – Cara Optimasi konten dengan Mudah menggunakan plugin Yoast SEO

Saya harap 3 video dapat membantu anda melakukan kempen-kempen seo. Kaedah ini mungkin agak lambat untuk melihat hasilnya tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang. Tambahan pula banyak keyword-keyword bahasa melayu yang masih belum banyak didominasi oleh peniaga-peniaga tempatan.

Kalau bukan anda yang mulakan, orang lain pula yang akan ambil peluang ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu strategi pemasaran percuma anda.

Saya juga berharap anda boleh share posting ini kepada kenalan anda yang lain dengan Cara menekan butang-butang social media dibawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*