Tingkatkan Produktiviti Harian Anda Dengan Software Power ni

Pernah tak hari anda berlalu macam tu sahaja tanpa sebarang perubahan yang positif? Lagi-lagi waktu PKP ni.. banyak sangat masa habiskan dirumah, tahu-tahu hari dah malam..

Sedangkan kita dah plan nak buat macam-macam.. tapi banyak sangat gangguan.. susah nak fokus.. malah lagi stress…

Oleh sebab itu saya cadangkan anda gunakan app ni yang boleh bantu dari segi produktiviti harian anda. Nama app ni notion, anda boleh akses dimana-mana device asalkan anda ada akaun google.

Malah app ni percuma sahaja untuk kegunaan personal.

Boleh terus layari notion.so

Saya ada buat video tutorial mengenai app notion in dan saya dah bahagikan siap-siap kepada 3 bahagian.

Jom tonton untuk bahagian pengenalan dahulu ya 🙂

Ini pula bahagian kedua yang mana saya tunjukkan step by step cara nak buat page nak masukkan blok dan fungsi asas notion ni.

Untuk bahagian ketiga ini saya rekemen untuk anda buat satu page yang anda boleh terus lihat senarai tugasan dan projek yang anda mahu jalankan… tak perlu nak pening cari kat mana atau nak klik kat mana lagi.

Buat masa ni, ini sahaja video yang saya sempat buat, saya harap sedikit sebanyak penerangan saya ni dapat membantu anda dari segi produktiviti harian anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*