Pertama sekali anda kena faham kenapa content video short (video pendek) ni diwujudkan?
Sebab pertama adalah sekarang zaman dimana semua orang nak cepat termasuk lah dalam mendapatkan maklumat dalam bentuk video.. Jadi video-video pendek ini sangat popular terutama di platform Tik Tok.
Disebabkan content ini semakin ramai yang consume.. Maka Facebook.. Instagram.. Malah youtube juga turut serta dalam menyediakan content seperti ini..
- Facebook Reels
- Instagram Reels
- Youtube Short
Kita boleh lihat sekarang ramai yang berlumba-lumba untuk hasilkan content short ini.
Sebab Kedua pula adalah content short ini lebih menguntungkan pihak platform tersebut..
Selama ni jika anda menggunakan Facebook Atau youtube anda masih boleh klik link yang disediakan dan keluar dari halaman platform tersebut tapi hal tersebut tidak terjadi di platform tik tok.. Ini kerana pengguna tik tok “terlalu busy” scroll content video short..
Sebab tu tak pelik kalau ada yang habiskan masa sehingga berjam-jam setiap hari di platform tik tok…
Hal ini yang Facebook dan Youtube juga mahukan.. Mereka mahu pengguna social mereka stay lebih lama… maka dengan itu wujudlah content short ini..
Jadi tak pelik pun jika reach content short ni sangat tinggi.. Cuba anda upload video short di FB reel atau Ig reel mahupun youtube short meskipun anda tak ramai followers ataupun subscriber..
Anda akan dapati views yang boleh tahan banyak..
Sebab tu ramai yang berlumba-lumba untuk buat video pendek,,
Setakat ni JELAS?
Sekarang berbalik kepada soalan asal.. Bagaimana dengan content short ni boleh bantu anda dari segi marketing dan sales produk anda?
Ok ini adalah pandangan saya boleh jadi betul boleh jadi salah..
Berdasarkan pemerhatian saya… content short ni sangat sesuai sekiranya anda bertujuan untuk membina personal branding.. Produk atau company branding..
Contohnya Dr Irfan Khairi, beliau banyak buat content yang berkaitan dengan Dubai iaitu tempat dimana beliau bekerja pada masa yang sama Dubai juga adalah destinasi yang paling terkenal di dunia..
Ini salah satu video Dr Irfan Khairi :
@irfan.khairi Station LRT versi Dubai. Boleh tidooo 😴
♬ Imagination – Lize Mynhardt
Bagaimana Dr Irfan mengambil peluang ini? Dengan jumlah views yang agak tinggi hasil daripada video yang berkaitan dengan Dubai, followers dan engagement beliau pun meningkat.. Dr Irfan makin dikenali lebih ramai orang..
Apabila orang dah ramai kenal beliau maka lebih ramai lah yang berminat untuk join program yang beliau anjurkan..
Selain itu anda boleh lihat contoh lain seperti Pakmat Western yang banyak menggunakan khidmat Influencer lain untuk buat video, ada video masak-masak.. ada video drama pendek.. Ada video lucu… dan lain-lain..
Jalan cerita yang mereka buat pun kebanyakan menarik..
Ini contoh video yang Team PakMat Western Hasilkan..
@pakmatwestern Replying to @Firdaus Rosidi899 #fyp #foryou #fypage ♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS
Jadi tak hairanlah kebanyakan video Pakmat western mendapat jumlah views yang tinggi walaupun hampir setiap video ada diselitkan produk mereka iaitu kambing perap..
Jika anda pergi ke restaurant PakMat Western terutama hujung minggu.. anda akan nampak pengunjung terpaksa duduk diluar dahulu menunggu giliran untuk makan.. meskipun kedai makan pakmat tu dah luas tapi masih lagi tak cukup tempat untuk para tetamu yang datang..
Dr Irfan menaikkan nama beliau sendiri untuk tarik lebih ramai orang datang ke program beliau manakala PakMat pula menaikkan nama kedai beliau supaya lebih ramai orang datang berkunjung ke restaurant serta membeli produk kambing perap beliau..
Ini lah dia power of branding.. tak perlu keluar duit yang banyak untuk bayar iklan… fokus pada content yang menarik sahaja dengan upload di platform video pendek..
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama..
Jika anda merasakan content ini bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-raka anda yang lain ya 🙂
Terima Kasih
Zyan
Leave a Reply