BAGAIMANA HASILKAN PENDAPATAN PASIF DENGAN PRODUK INFO?

Sebelum saya teruskan perkongsian mengenai produk info ni.. saya nak cerita sedikit mengenai golongan yang tergolong dalam profit maker..

Siapa profit maker ni?

Jika anda terlibat dengan bisnes konvensional, penjualan produk fizikal misalnya..  jualan anda RM1 juta setahun tapi profit anda boleh jadi serendah RM100k atau kurang selepas anda tolak pelbagai kos yang terlibat seperti kos produk, logistik, tenaga pekerja dan lain-lain.. Saya ada kenalan yang buat RM100k sebulan tapi untung dia kurang dari RM5k..

Sangat berbeza dengan profit maker ni, dia hanya fokus pada penghasilan profit tapi dengan kos yang sangat minima.. Contohnya content creator seperti:

  1. Youtuber – Mereka hanya fokus pada content video setiap hari, kos mereka hanya sebuah kamera, computer & software untuk editing. Zaman sekarang camera hanphone pun dah lawa. Pendapatan mereka pula datangnya dari iklan-iklan yang muncul di video mereka. Baru-baru ni tuan cardock seorang youtuber mendedahkan pendapatan tahunan beliau hampir RM100k buat tahun pertama beliau terlibat dengan youtube. Lagi tinggi subscriber dan viewers video maka lagi tinggi pendapatan yang boleh dihasilkan. Ada video beliau yang hasilkan pendapatan RM1k sehari semasa video tersebut sedang trending.
  2. Blogger – Tugas mereka pun hanya update blog.. fokus menulis & menulis.. dalam market malaysia antara blogger yang masyuk ialah blog-blog media.. blog travel & blog berkaitan dengan kewangan serta pelaburan. Lagi banyak pelawat maka lagi banyak income mereka boleh dapat melalui pengiklanan sama seperti youtuber..
  3. Social media inluencer – Yang ni yang lagi sedang trending, ramai orang berlumba untuk kumpul followers.. lagi ramai followers lagi mudah untuk anda mempengaruhi orang untuk berurus niaga dengan anda.. mereka juga aktif menulis di facebook dan juga instagram.. biasanya pendapatan mereka datangnya dari servis review kalau Instagram.. manakala di facebook saya lihat sekarang ramai yang jual produk info seperti ebook atau membership berbayar..

Jika anda perhatikan mereka semua ni.. kebanyakan tidak terlibat dengan produk fizikal pun.. biasanya servis, jual produk info seperti ebook , video & group akses berbayar..

Tapi apa yang mereka buat?

Mereka rajin kongsi ilmu.. buat content.. apabila hujung bulan.. mereka akan mula menjual…

Tahukah anda ada influencer yang hasilkan jutaan ringgit dengan jual ebook.. kalau sale juta-juta ni jumlah followers mesti tak kurang dari 100k followers..

Ok balik semula topik bagaimana nak buat pasif income dengan jual produk info.. perlukah ada followers yang ramai seperti kebanyakan influencer buat?

Jika anda ada ramai followers itu satu kelebihan.. jika tidak ada tidak mengapa.. sebab tu kita kena ada strategi marketing yang kita panggil funnel..

So bagaimana caranya..

Ok kenapa orang sanggup bayar untuk sebuah ebook atau video?

Sebab mereka nak tahu ilmu tu.. mereka nak belajar… dan mereka sanggup bayar untuk dapatkan informasi tersebut… sebelum tu pasti mereka mahu lihat sesuatu yang ada pada kita untuk mereka percaya & yakin dengan kita betul tak?

Jika influencer strategi mereka ialah berkongsi banyak info di wall masing-masing.. tapi kita yang orang biasa ni yang tak mampu menulis panjang-panjang setiap hari bagaimana pula?

Jawapannya bagi produk info versi percuma, kemudian collect database merek, lalu follow up kemudian barulah anda mula menjual… content2 follow up anda perlu siap sedia… boleh pakai content yang sama berulang kali..

Sekiranya anda nak jual panduan masakan.. boleh bagi 1 resepi secara percuma..

Jika anda nak jual panduan berkenaan cara menanam tumbuhan organik.. anda boleh bagi senarai tumbuhan sayuran yang boleh ditanam..

Jika anda nak buat panduan beli rumah lelong, anda boleh bagi ebook percuma syarat penting untuk layak beli rumah lelong misalnya…

Dan seterusnya…

Sebagai gantinya.. mereka perlu beri anda email & no telefon..

Saya tunjuk contoh mudah landing page yang saya buat menggunakan sistem onpay.. landing page ini hanya mengandungi borang untuk isi email & no telefon

lihat disini : https://zyanonlinemarketing.onpay.my/prospect/form/1

lalu saya promosikan link borang ni di youtube dan juga FB..

Kemudian saya follow up dan akhirnya saya jual panduan yang berkaitan..

Begitulah simple teknik untuk anda menjual produk info.. dalam kes saya.. saya guna youtube sebagai sumber trafik lalu promosikan landing page borang diatas.. lalu follow up guna email.. dan apabila tiba hari gaji.. saya hantar email dan sms serentak guna sistem onpay.. sebarang urusan tempahan semua sistem onpay yang uruskan… Boleh kata hampir semua automatik..

Tugas saya hanya perlu monitor sahaja dari segi pertanyaan pelanggan & kualiti produk info..

Saya pasti ada kalangan anda yang pernah beli mana-mana ebook lalu selepas pembelian anda terima ebook tu secara automatik betul tak? ketika anda sedang membeli ebook beliau.. owner ebook tu mungkin dia lagi sedang travel atau berkelah bersama keluarga…

Itu yang saya maksudkan pasif income melalui produk info.. bukan jual satu-satu secara manual.. mesti ada sumber trafik yang konsisten serta sistem yang betul untuk menjual..

Bagi anda yang teringin nak jual produk info tapi tiada idea nak jual apa dan nak tahu proses yang lebih jelas bagaimana saya jual produk info..

sila layari link ini : https://ideaproduk.gr8.com/

Semoga posting ini bermanfaat.. pastikan anda share dengan kenalan anda ye..

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*