Bagaimana Kami Jana RM2000 Sehari Hanya Dengan Jual Madu Menggunakan Tik Tok Ads.

Jualan diatas 100% menggunakan tik tok ads + sistem onpay.

Kita semua tahu yang kos iklan semakin lama semakin mahal.. terutama yang menggunakan Google adword dan juga FB ads..

Facebook Ads pula kerap restricted.. pening kepada dibuatnya 🙁

Jadi buat masa ni platform berbayar Alternatif yang terbaik yang menjadi pilihan ialah Tik Tok Ads..

Meskipun begitu jumlah pengguna tik tok ni masih tidak seramai pengguna Facebook mahupun Google..

Tik tok sehingga kini baru mencecah 4 juta pengguna tapi dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang..

Dalam posting kali ni saya nak share case study yang kami jalankan menggunakan tik tok ads.

PRODUK : Madu Tualang

Untuk produk madu tualang ni kami ambil supplier dari Perak… tapi supplier tu pun ambil dari kedah. kalau anda boleh dapat supplier direct dari kedah mungkin akan dapat kos yang lebih murah. (Jika anda nak jual madu ) tak pun anda terus cari di Shopee penjual2 madu yang boleh dipercayai.

Kami jual pada harga RM120 Sebotol dan beberapa pakej dengan harga lebih murah.

Untuk produk ni sebenarnya bukan lah masalah besar sebab produk ada bermacam jenis.. banyak produk boleh cuba.. cuma untuk case study ni kami pilih Madu Tualang.

Jika tiada idea produk apa nak jual, buka sahaja shopee, semak ikut kategori mana yang anda suka. Anda akan jumpa banyak jenis produk.

Tak perlu risau atau overthinking mengenai produk, asalkan anda tahu produk tu boleh dijual oleh orang lain maka anda sebenarnya pun boleh.

BAHAN MARKETING : Video Ads

Benda paling mencabar dalam menghasilkan tik tok ads ni adalah bahan marketing seperti video.

Video apa yang nak digunakan..

Video apa yang boleh convert…

Video apa yang boleh menarik perhatian orang supaya tonton sampai habis.

Kami bukan lah pakar bab madu tualang.. malah minum madu pun sangat jarang..

Jadi apa kami buat ialah Shoot terus video owner Madu lepastu edit sikit sebelum publish di Tik tok.

Sebenarnya kalau anda boleh buat sendiri video atau rekod sendiri itu lebih bagus sebab pada masa akan datang ada banyak lagi video-video lain yang anda kena buat untuk kempen pemasaran tik tok.

Kita tak boleh bergantung pada 1 video sahaja untuk buat jualan.

SISTEM TEMPAHAN DAN LANDING PAGE

Untuk buat landing page dan menerima tempahan. Kami menggunakan Onpay dan juga Toyyibpay..

Kenapa pilih onpay?

Sebab tak perlu pening nak bayar domain atau hosting… atau install plugin yang pelik-pelik.. Onpay sudah terbukti berjaya handel jumlah trafik yang tinggi… Jika dulu onpay lebih dikenali sebagai tool untuk buat borang tempahan tapi kini ianya adalah sistem yang lengkap..

Seperti buat landing page, simpan database, follow up, terima bayaran dan banyak lagi. Boleh integrate dengan mana-mana sistem pembayaran seperti toyyibpay, billplz, stripe dan banyak lagi.

KEMPEN MARKETING : TIK TOK ADS

Untuk kempen iklan kami menggunakan objektif conversion dengan bajet bermula RM50 sehingga RM300 sehari.

target audience pula kami letakkan pada umur 35 tahun keatas.

Apabila pelawat klik iklan, akan terus dibawa ke halaman onpay..

Maka disitulah proses pembelian berlaku.

RM12k seminggu bukanlah satu nilai yang besar tapi cukup lah sekadar untuk membuktikan yang case study ini berjaya…

Kami juga tak sangka madu yang biasanya orang-orang yang berumur membeli dapat dipasarkan di tik tok. Ini membuktikan yang pengguna tik tok juga mempunyai ramai pengguna yang lebih tua.

Kami jangka pengguna di tik tok akan terus meningkat dan terus meningkat. Rugi sekiranya kita tak mengambil peluang ini.

Bagi anda yang nak belajar dengan lebih detail. kami ada sediakan dalam bentuk video tutorial disertakan sekali dengan Group Support.

Dalam panduan ini anda akan nampak pandangan yang lebih jelas macam mana kami buat, termasuk produk apa yang kami jual dan setting apa yang kami gunakan untuk hasilkan jualan menggunakan tik tok ads.

Buat masa ni harga adalah RM97 bermula April akan dinaikkan kepada RM120

Dapatkan Segera disini : misiniaga.com/tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*