Golongan Yang Aktif Buat Duit Pada Waktu Krisis!

Saya tahu ramai yang nak buat duit masa ni.. kalau boleh nak buat duit secara online.. walaupun tak pergi mana-mana.. Hanya di rumah sahaja..

Ada banyak cara sebenarnya.. tapi anda kena tengok kapasiti dan kemampuan anda berada dimana..

Tapi peraturan pertama yang anda kena faham dan kena terima hakikat ialah

“Nak buat duit kena keluar duit”

Meh saya kongsi golongan mana yang buat duit masa ni dan yang mana anda boleh follow

Pertama : Golongan trader terutama yang trade saham

Jika berlaku krisis macam ni.. mereka tahu nak labur kat mana.. apa yang patut beli apa yang patut jual.. yang ni memang jauh dari bidang saya.. saya tak berapa amik tau lagipun ada platform lain selain saham juga untuk melabur ni.. Tapi yang pasti nak invest ni selain ilmu anda kena ada duit.. duit yang sangat banyak..

So kalau anda takde duit yang banyak khas untuk tujuan melabur ni baik elakkan.. sebab lebih ramai yang rugi berbanding mereka yang untung besar.. tapi kalau ada ilmu.. ada modal banyak.. memang boleh jutawan apabila semua krisis ni selesai.. silent milionaire orang kata..

Kedua : Golongan peniaga online yang aktif..

Aktif disini maksud saya.. dia ada office/kedai.. ada staff.. tapi urus niaga semua online.. walaupun staff dia tak masuk office.. semua masih boleh buat kat rumah.. setiap hari masih jalankan kempen iklan berbayar.. jualan mereka kurang terjejas sekiranya barang yang mereka jual masih lagi dibeli serta syarikat currier masih beroperasi..

Sekiranya berlaku total lockdown sehingga syarikat curier pun tak boleh beroperasi.. mereka akan ada masalah besar sb banyak kos nak kena tanggung.. nak tak nak mereka kena kurangkan kos demi kelangsungan syarikat.. tapi selagi ada manusia yang mahu membeli.. selagi currier masih berjalan.. percayalah golongan ini sangat lincah untuk mencari solusi yang penting mereka boleh hasilkan jualan..

Ketiga : Golongan profit maker (stand alone)

Berbeza dengan golongan trader mahupun peniaga online.. golongan ini tak banyak keluar duit tapi dia masih boleh menghasilkan wang daripada komisen yang dihasilkan.. royalty.. sponsorship..etc.. contohnya.. content creator seperti blogger… game streamer… Youtuber pun termasuk sekali tapi mereka tak boleh dah hasilkan content di luar rumah.. Ada channel pasal kereta sekarang dah tukar dia buat masak2 kat rumah.. haha..

Selain itu ada juga yang terlibat dengan servis online (designer..writer.. etc) , affiliate marketing.. international dropshipper.. begitu juga dengan trainer2 yang buat coaching online.. training online.. (tutorial online macam saya buat) .. ya masih ada kos2 yang dikeluarkan tapi kos operation adalah sangat rendah.. saya punya kos operation pun dah kurangkan dari 3k sebulan menjadi 1.2k sebulan sahaja sekarang..

Itu lah serba sedikit perkongsian saya pagi ni..

Bagi anda yang totally zero.. atau baru nak mula.. tapi modal pula tak berapa nak banyak.. mulakanlah dengan kumpul database atau kumpul follower… sebabnya itulah pelaburan yang berbaloi malah tak makan banyak modal pun.. Cuma hasilnya bukan sekarang atau esok lusa… boleh jadi 3 bulan dari sekarang.. atau 6 bulan dari sekarang… itulah aset anda nanti.. boleh guna bila-bila masa termasuklah masa krisis macam ni..

Yang Benar
Abam Zyan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*