Koleksi Video Panduan Bulan December 2019

Pada bulan ini saya ada buat beberapa video tutorial khas untuk anda.. antaranya ialah

  1. Cara buat duit dengan blog
  2. Cara buat jualan di Carousell
  3. Cara buat jualan menggunakan email

Ada banyak tips-tips yang saya dah kongsikan dalam video berkenaan..

Tujuan saya hasilkan video-video ini disebaban ramai yang sangat tertumpu dengan facebook sepanjang masa.. sedangkan banyak lagi platform lain yang anda boleh gunakan untuk hasilkan jualan..

Ramai yang mengeluh bila facebook ada masalah.. akaun kena ban.. akaun kena flag… profile tak boleh post status.. tak boleh join group dan macam-macam…

Sebenarnya agak bahaya jika anda terlalu bergantung sepenuhnya dengan Facebook… tak salah anda nak fokus guna Facebook tapi pastikan anda ada channel backup yang lain seperti email, blog, youtube..

Jom tengok video yang saya dah buat setakat ni untuk bulan December 2019… Sebarang tambahan saya akan update kat posting ini..

CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

Dalam video ni saya terangkan bagaimana anda boleh buat duit dengan blog dengan menjual barang anda sendiri dan bagaimana blog ini boleh dijadikan senjata jualan yang hebat!

CARA BUAT DUIT DENGAN CAROUSELL

Ramai yang sibuk jual di shopee tapi tahukah anda di carousell juga tak kurang hebatnya… hampir 300 ribu pelawat website setiap hari (tidak termasuk pengguna Aplikasi) Nak tahu lebih lanjut? Tonton video dibawah

CARA MENJUAL DENGAN BETUL MENGGUNAKAN EMAIL

Tahukah anda dengan email anda boleh hasilkan jualan secara autopilot. Dalam video ini saya kongsikan bagaimana saya dan otai lain guna email untuk promosikan produk dan servis secara autopilot..

Apa yang anda perlukan dan strategi apa yang perlu anda gunakan, semua saya kongsi di video di bawah.. Jemput tonton ye..

Semoga video-video diatas bermanfaat, pilih dan fokus mana yang anda nak buat.. saya cuma tunjukkan jalan.. rugi rasanya kalau anda tak gunakan platform-platform yang saya sebut diatas…

Terima kasih kerana sudi layari blog saya.. jika anda rasa posting ini bermanfaat, harap anda dapat rekemen pada mereka-mereka yang memerlukan…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*