Online Marketing 2019 – Anda Sudah Bersedia?

Perkara paling sukar bagi usahawan online ialah bagaimana nak terus kekal dalam menghasilkan jualan dikala jumlah persaingan yang semakin lama semakin meningkat.

Cara terbaik ialah kekalkan atau tambahkan jumlah pelawat yang melihat tawaran anda dengan sentiasa upgrade kaedah pemasaran yang terkini dan sesuai digunakan dalam market anda.

Jadi untuk tahun 2019 yang akan muncul tak lama lagi apa kaedah pemasaran yang anda boleh gunakan?

Beberapa kaedah yang akan saya sebutkan sebentar lagi ada yang sudah lama digunakan dan ada juga yang baru muncul dalam pasaran Malaysia.

Mari kita mulakan..

 

  • Email marketing

Tak lain tak bukan pemasaran email saya tetap letakkan pada tangga teratas. Ini kerana marketer yang menggunakan kaedah ini sejak beberapa tahun lepas masih lagi valid sehingga kini.

Bayangkan 5 tahun lepas anda menjalankan kempen pemasaran email dan kini jumlah database email anda sudah mencecah 10 ribu misalnya..

Anda boleh melakukan promosi pada bila-bila masa sahaja pada 10 ribu database berikut.

Namun begitu saya akui pemasaran email bukanlah semudah yang disangka dan ramai orang hanya buat separuh jalan atas factor conversion yang rendah dan juga dari segi costing yang mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang.

Tetapi berita baiknya, tak ramai orang buat sungguh-sungguh dengan email marketing ini bermakna persaingan dalam channel ini juga agak sedikit. 😊

Maka benarlah, hanya mereka yang betul-betul berusaha dan yang buat sampai jadi akan Berjaya Nampak result dengan lebih lama.

 

  • Video Marketing

Setiap tahun kaedah video marketing tak pernah mengecewakan.. ramai orang berlumba-lumba dalam menghasilkan video untuk promosi dan jualan.

Ini juga merangkumi mereka yang menggunakan live video untuk menjual produk. Jika anda benar-benar mahu berapa di hadapan pesaing anda.

Kaedah video adalah yang terbaik. Anda boleh menggunakan youtube channel dan juga live video di facebook.

Dua kaedah ini sahaja sudah cukup buat anda lebih maju dari pesaing anda.

 

  • Chatbot Marketing

Kaedah ini masih baru dan masih tak ramai lagi digunakan oleh kalangan usahawan. Kaedah yang lebih kurang sama seperti email marketing tetapi menggunakan FB messenger sebagai tools komunikasi.

Berbanding email, kadar open rate menggunakan chatbot ini lebih tinggi.. kadang boleh mencecah 90% ke atas berbanding email marketing yang jika dapat cecah 40% pun dah dikira bagus.

Nanti pada masa yang lain saya akan bahas dengan lebih lanjut antara email marketing dan juga chatbot marketing ini.

 

  • PPC Marketing

Bila sebut pasal PPC (pay per click) tak lain tak bukan sudah tentunya FB Ads dan Google Ads . Namun begitu anda mestilah upgrade ilmu PPC anda.. Jangan harap cara yang anda pakai 4 tahun lepas akan masih berkesan pada tahun akan datang.

Sebaiknya anda upgrade kaedah promosi anda. Misalnya menggunakan video dan website dalam FB ads dan google ads…

Sekurang-kurangnya anda boleh menjalankan kempen retargeting kepada audience anda.

 

  • Content Marketing

Bila sebut pasal content, pasti anda akan fikir kena jadi penulis, jadi blogger, ya itu betul.. tapi selain dari menulis anda juga boleh buat video. Cuma nak jadi content creator bukanlah satu perkara yang mudah sebab anda perlu ada minat mendalam, masa dan juga wang!

Sebab jika anda nak jadi content creator yang bagus kena buat content hampir setiap hari, buat content bukan sekadar suka-suka tapi sebagai satu kerja.

Lihat top youtuber dalam niche gaming misalnya. Ada yang main game sehingga 17 jam setiap hari semata-mata nak kejar ranking..  mereka main game bukan sekadar suka-suka atau isi masa lapang tetapi sebab kerja.

Jika anda tanya saya.. sekurang-kurangnya anda ada blog yang anda boleh jadikan sebagai platform perkongsian anda dan audience. Seperti yang anda baca di blog saya sekarang. Ini yang membezakan saya dengan IM lain. Ini yang membuatkan anda kekal baca blog saya..

Ini lah dia 5 kaedah yang anda patut beri perhatian, pilih satu atau 2 diatas dan focus sebaik mungkin.

Tetapi.. semua diatas tidak akan bertahan lama sekiranya anda tidak menyimpan sebarang database pelanggan untuk anda hubungi di kemudian hari.

Ada sebarang soalan dan pandangan sila ajukan di ruangan komen dibawah.

Teruskan membaca blog saya yang cantik ni ok :p

Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda ok

 

1 Trackback / Pingback

  1. Cara Jana Pendapatan Online Pantas Dan Mudah | Zyan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*